Pekerja Asing SYARAT-SYARAT PENGAMBILAN PEKERJA ASING • Bekerja dalam sektor yang dibenarkan iaitu Perkilangan, Pembinaan, Pertanian, Perladangan dan Perkhidmatan; • Permohonan pekerja asing oleh majikan/ syarikat adalah tertakluk kepada kelulusan kuota dari Pusat Kelulusan Setempat (OSC), Kementerian Dalam Negeri. • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada masa permohonan; • Disahkan lulus pengesahan IMMIGRATION SECURITY CLEARANCE (ISC) yang dilakukan di negara sumber. • Disahkan sihat oleh pusat pemeriksaan kesihatan di negara sumber; • Bakal pekerja tidak termasuk dalam senarai individu asing yang dilarang masuk mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/1963; dan • Pekerja asing mesti diambil dari negara sumber yang dibenarkan seperti berikut. Negara Jantina Sektor P L Semua sektor (Pembinaan, Perladangan, Pertanian, Perkhidmatan dan Perkilangan) Thailand / / Kemboja / / Nepal / / Myanmar / / Laos / / Vietnam / / Filipina X / Pakistan / / Sri Lanka / / Turkmenistan / / Uzbekistan / / Kazakstan / / India / / a. Pembinaan ( high tension cable); b.